Monday, 1 May 2017

kecekapan tenaga

  Apakah itu kecekapan Tenaga?

      Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.
      
            Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.
Label cekap tenaga ini bertujuan memberi maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga.  Bintang pada label cekap tenaga ini menunjukkan kecekapan barang elektrik tersebut dalam  menjimatkan tenaga.  Label yang mempunyai  taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga  yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi.

Di Malaysia, satu jawatankuasa teknikal Performance of Household and Similar Electrical Appliances telah ditubuhkan bertujuan membangunkan standard berkaitan dengan kecekapan tenaga. Standard ini bertujuan menghasilkan barangan elektrik bagi kegunaan isi rumah yang cekap tenaga.   Dokumen MS (Malaysian Standard) yang sedang dibangunkan ini akan membantu industri dan pengeluar untuk mematuhi ciri-ciri dan kriteria tertentu yang ditetapkan. 

Contohnya jenis tenaga
n

Faedah kecekapan tenaga ialah:
  • Kos Pengurangan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit dan   akan meningkatkan keuntungan yang tinggi.     Kesan positif ke atas produktiviti dan daya saing. 
  • Perlindungan alam sekitar   Pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global. Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih bersih. Kecekapan tenaga adalah salah satu cara yang paling berpotensi untuk mengurangkan GHG dalam jangka masa pendek.
  • Keselamatan bekalan Kurang loji jana kuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan. membendung pertumbuhan permintaan tenaga global atau tempatan dan meningkatkan keselamatan bekalan. Kurang penggunaan tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan api diperlukan untuk membakar yang membawa kepada pengurangan jangka masa panjang dalam penggunaan tenaga. Ini membantu memanjangkan hayat sumber-sumber asli seperti bahan api fosil, arang batu dan gas. 


Anda boleh membantu dengan mengambil langkah-langkah mudah berikut:

 1. Lampu Gunakan mengikut keperluan sahaja. Matikan suis apabila meninggalkan bilik             anda.
  •  Gunakan mentol rendah tenaga seperti “compact flourescent lamp”. Pasangkan pada lampu meja /membaca anda. Manfaatkan cahaya matahari. 
  • Aturkan meja supaya berhampiran tingkap. Bukakan langsir dan penghadang cahaya bagi menerangi bilik anda
  2. Peralatan komputer Matikan segala peralatan komputer (PC, monitor, printer) apabila            tidak digunakan.
  • Matikan suis di plug sebelum anda meninggalkan bilik.
  •  Dimana perlu, gunakan lap-top berbanding desktop PC kerana ia menggunakan kurang tenaga. Manfaatkan ciri menjimat tenaga yang ada pada peralatan komputer – power save setting 
3. Alat pendingin hawa Matikan apabila tidak digunakan. 
  • Gunakan hanya apabila suhu dalam bilik semakin panas/tidak selesa. Tingkatkan suhu kepada 20°C.
  •  Suhu di luar bilik hanya 4-5°C sahaja lebih tinggi. Buka jaket dan pakai kemeja sahaja apabila berada dalam bilik.  
4. Lain-lain peralatan elektrik 
  •  cerek, radio, pengecas bateri dsb
     video di atas menunjukkan masyarakat yang   suka membajirkan elektrik

kecekapan tenaga

  Apakah itu kecekapan Tenaga?       Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pen...